♥ Selamat Datang Ke Laman Interaktif Nisa' Kuala Langat. Pemangkin Mujahidah Solehah ♥

Kita Laksana Impian Bersama
Lakaran Minda Generasi Remaja

KisaH Di SeBuaH PeRanG

3:33 PM Posted In Edit This 0 Comments »


Secebis kisah ketika di Perang Ahzab

Rujukan: Surah Al-Ahzab, ayat 21

21. “Sesungguhnya pada Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.”



Walaupun di dalam suasana yang amat mencemaskan, susah dan letih lesu ini,
namun Rasulullah s.a.w. tetap merupakan sumber keamanan, keyakinan, harapan
dan ketenangan kepada kaum Muslimin. Kajian terhadap sikap Rasulullah
s.a.w. di dalam menghadapi peristiwa peperangan al-Ahzab yang besar ini boleh
memberikan pedoman dan panduan kepada para pemimpin jama’ah dan pergerakan
(da’wah Islamiyah). Ia memberi contoh tauladan yang baik kepada mereka yang
mengharapkan keredhaan Allah dan balasan yang baik pada hari Akhirat, juga
kepada mereka yang menunjukkan contoh yang baik dan mengingati Allah tanpa
melupakan-Nya.

Terlebih dahulu, Eloklah kita mengetahui serba sedikit tentang sikap Rasulullah s.a.w. ini
sebagai contoh, kerana kita tidak dapat menghuraikannya dengan terperinci di
sini.

Rasulullah s.a.w. keluar menggali parit pertahanan bersama-sama kaum
Muslimin. Baginda memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodok
dan mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang. Baginda SAW turut menyanyikan
sajak bersama mereka dengan suara yang tinggi semasa bekerja. Mereka
menyanyikan sajak-sajak yang bersahaja yang digubah dari kejadian-kejadian
yang berlaku. Misalnya ketika itu ada seorang Islam bernama Ju’ayl. Rasulullah
s.a.w. tidak sukakan nama ini, lalu mengubahkannya kepada nama ‘Amr. Lalu
orang-orang Muslimin yang berkerja menggali parit itu mendendangkan beramai-ramai
sebuah sajak mengenainya yang bersahaja...

Baginda menukar namanya Dari Juayl kepada Amr

Setiap hari ada sahaja Baginda menolong si malang derita
Apabila mereka mendendangkan kata-kata “Amr Rasulullah s.a.w. turut
meningkah ‘Amran’. Begitu juga apabila mereka mendendangkan kata-kata “Zah”
beliau turut meningkah “Zahran”.

Di sini dapatlah kita gambarkan betapa mesranya suasana ketika itu, di
mana kaum Muslimin bekerja keras (menggali parit) dan Rasulullah s.a.w turut
serta memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodok-penyodok,
mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang dan menyanyikan sajak ini
bersama-sama mereka. Di sini juga dapat kita gambarkan bagaimana hebatnya
suasana mesra ini melepaskan tenaga dan semangat di dalam jiwa mereka,
mencurahkan perasaan sukarela, keghairahan, keyakinan dan kebanggaan di
dalam hati mereka.

Ketika itu Zaid ibn Thabit berada dalam kumpulan yang bertugas
mengangkut tanah. Rasulullah s.a.w. telah memujinya, “Dia seorang belia yang
amat bagus”. (Pada suatu hari) dia mengantuk dan terus tertidur di dalam parit.
Udara ketika itu sangat dingin, lalu ‘Umarah mengambil senjatanya tanpa
disedarinya. apabila dia tenjaga dia terkejut, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Wahai Abu Ruqad (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau hilang entah
ke mana.”

Kemudian baginda SAW bertanya: “Siapa tahu di mana senjata anak muda ini?
Jawab ‘Umarah, “Wahai Rasulullah s.a.w.! Senjatanya ada pada saya. Ujar baginda:
“Pulangkan senjata itu kepadanya.” Kemudian baginda melarang mereka supaya
jangan menakut-nakutkan orang-orang Islam dan bergurau dengan mengambil
barang-barang kepunyaan mereka.

Peristiwa ini menggambarkan betapa mata dan hati Rasululiah s.a.w.
sentiasa waspada dan ingat kepada setiap orang yang ada di dalam barisan
perjuangan sama ada muda atau tua, juga menggambarkan semangat gurau senda
yang manis dan mesra (sebagaimana tersemat dalam kata-kata baginda kepada Zaid
ibn Thabit): “Wahai Abu Ruqad! (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau
hilang entah ke mana”. Pada akhirnya peristiwa ini juga menggambarkan keadaan
suasana mesra, di mana kaum Muslimin hidup di bawah naungan Nabi mereka
dalam masa yang amat genting itu.

Di samping cerita-cerita Rasulullah s.a.w. yang gemilang itu dapatlah pula
kita tokokkan dengan cerita Huzayfah yang pulang dari tugas meninjau keadaan
bala tentera gabungan. Dia sedang dalam keadaan yang amat sangat sejuk,
sedangkan Rasulullah s.a.w. ketika tu sedang mendirikan solat dengan
berselimutkan kain lepas panjang salah seorang isterinya.

Tetapi walaupun baginda SAW
sedang bersembahyang dan berhubung dengan Allah, namun baginda tidak
membiarkan Huzayfah menggelentar kesejukan hingga baginda selesai sembahyang,
malah baginda menarik Huzayfah di antara dua kakinya dan campakkan hujung
kain lepas itu kepada Huzayfah supaya dia berselimut dengannya sementara
baginda meneruskan sembahyangnya hingga selesai, lalu Huzayfah pun
menyampaikan berita (pergerakan angkatan musuh) itu kepada baginda. Dia
menyampaikan berita gembira itu kepada baginda yang telah pun mengetahui berita
itu dengan hatinya. Kemudian baginda mengirim Huzayfah untuk menghebohkan
berita ini kepada kaum Muslimin.

(gambar hiasan)

Cerita-cerita mengenai keberanian Rasulullah s.a.w., ketabahan dan
kecekalan baginda dalam menghadapi keadaan yang ganas itu adalah jelas di
sepanjang kisah peperangan itu. Kita tidak perlu lagi menyalinkan cerita-cerita itu
di sini kerana ia sangat masyhur.

-Tafsir Zilal ayat pilihan karangan As Syahid Syed Qutub-

“Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang ,maka ambillah contoh daripada mereka yang telah meninggal dunia. Kerana orang yang hidup belum terjamin kesudahan hidupnya"

(Kata-kata salaf)


dipetik dan diubahsuai dari :

http://dupahang.wordpress.com/2008/10/04/secebis-kisah-di-sebuah-perang/

~Nisa' Connecting Youth~

0 comments: