♥ Selamat Datang Ke Laman Interaktif Nisa' Kuala Langat. Pemangkin Mujahidah Solehah ♥

Kita Laksana Impian Bersama
Lakaran Minda Generasi Remaja

::Jom Join Jambori Nisa Selangor 2010!! (17-19 dis 2010)

12:38 PM Posted In Edit This 0 Comments »
PENAMPILAN ISTIMEWA >> SLOT KHAS BERSAMA IMAM MUDA ASYRAF

TARIKH :

17-19 Disember 2010/11-13 Muharam 1432H

TEMPAT :

Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES)

Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor.

MASA :

Jumaat (petang) - Ahad (tengah hari)

SASARAN PESERTA :

Remaja perempuan Islam (13-18 tahun)




PENGENALAN

Program Jambori NISA’ Selangor ini adalah merupakan program tahunan anjuran Nisa’ Selangor, dan pada tahun ini adalah merupakan penganjuran buat kali yang ke 2 dengan bertemakan ‘I’M PROUD TO BE A MUSLIM’. Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu sumbangan kecil Nisa’ Selangor dalam usaha mendidik masyarakat terutamanya golongan remaja, selaras dengan motto NISA’, ‘Penghubung Generasi Muda’.

OBJEKTIF

  • Melahirkan rasa cintakan Islam dan bangga menjadi muslimah.
  • Memantapkan jati diri peserta agar mempunyai daya tahan untuk terus tetap berakhlak dengan akhlak Islam dalam suasana pengaruh persekitaran yang pelbagai.
  • Membimbing peserta ke arah menjadi individu muslim yang peduli (mahu mengambil tahu) dan mampu berperanan sebagai duta kecil Islam kepada masyarakat di sekelilingnya dalam usaha menyampaikan mesej dakwah Islam.
  • Membina dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di antara peserta dengan ahli Nisa Selangor.
  • Memperkenalkan Nisa’ Selangor sebagai suatu organisasi yang aktif melaksanakan pelbagai bentuk program dalam usaha menghubungkan generasi muda agar lebih dekat kepada Islam.

BENTUK PENGISIAN PROGRAM

  • Ceramah dan diskusi dua hala.
  • Slot khas bersama Imam Muda Asyraf
  • Aktiviti bermodul dalam kumpulan kecil dengan
  • bimbingan intensif fasilitator.
  • Praktikal dan pemantapan amalan ibadat sunat (solat fardhu berjemaah, Qiamullail, solat sunat Dhuha, bacaan Al Quran, bacaan Al Mathurat dll).
  • Melibatkan peserta sebagai imam solat, pengerusi majlis, ketua kumpulan dan lain-lain.
  • Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

Berminat?..Sila daftarkan nama kepada :

Cik Aimi Nabihah : 0179074450 @ Pn.Diana : 0132287571

Nisa' Kuala Langat

Sebarkan kpd rakan2 yang lain