♥ Selamat Datang Ke Laman Interaktif Nisa' Kuala Langat. Pemangkin Mujahidah Solehah ♥

Kita Laksana Impian Bersama
Lakaran Minda Generasi Remaja

Program SAVE GAZA Dun Morib

9:18 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Salam Ukhuwwah Fillah!!!

Pada 28 februari 2009 ini (sabtu), Akan diadakan program SAVE GAZA anjuran JKKK Kg. Tali Air Morib dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Morib. Butiran progrm seperti berikut:

Tarikh : 28 feb 2009 (Sabtu)

Masa : 2 petang - 11 malam.

Tempat: Pantai Morib.

Antara aktiviti: pameran Palestin, Jualan, Ceramah Palestin dan banyak lagi.

Sehubungan dengan itu, kami crew Nisa' Kuala Langat juga akan membuka kaunter pendaftaran Nisa' Kuala Langat di tapak program tersebut.

Jumpa anda di sana!!!

~Nisa' Connecting Youth~




..SeBaik-Baik PeRHiaSan DuNia..

1:41 PM Posted In Edit This 0 Comments »

Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:

Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.”

(HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Dalam lafazh lain:

Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan dan tidak ada di antara perhiasan dunia yang lebih baik daripada wanita yang solehah.”

(HR. Ibnu Majah)

Wanita dan Keindahan

Sudah menjadi sunnatullah bagi anak Adam diberikan kepada mereka pelbagai nikmat yang mereka cintai dan dijadikan indah pandangan mereka dengannya di dunia ini sebagaimana dalam firman Allah SWT yang bermaksud:


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini,(wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang). Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” (QS. Ali Imran:14)


Ketika diterangkan pelbagai hal yang menjadikan kecintaan manusia dalam ayat ini , Allah mendahulukan wanita sebelum yang lain, hal ini memberikan isyarat bahawa wanita menjadi sumber terbesar kenikmatan, kesenangan dan perhiasan hidup di dunia ini. Tidak terkecuali bagi Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam sebagai individu manusia terbaik dan paling mulia, wanita adalah salah satu yang paling beliau cintai di antara kenikmatan dunia yang lain, dan ini merupakan fitrah beliau sebagai manusia biasa.


Dari Anas radhiallahu ‘anhu ia berkata: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:

Aku diberikan rasa cinta dari dunia terhadap para wanita dan wangian dan dijadikan penyejuk mataku ada di dalam shalat.”

(HR. Ahmad, dan Nasa’i. Di shohihkan oleh Syaikh Al Albani)


Allah telah menciptakan wanita sebagai perhiasan dan bahkan perhiasan terbesar dunia ini namun sekaligus ia juga merupakan fitnah terbesar di dunia ini yang pernah diciptakan Allah bagi kaum lelaki.


Wanita Solehah

Allah telah memberikan sebuah definisi wanita solehah yang menjadi perhiasan dan kesenangan terbaik di dunia, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud:


“…Maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)…” (QS. an-Nisa’:34)


Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam juga memberikan gambaran wanita solehah terbaik sebagaimana dalam hadith:


Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: “Nabi Shalallahu ‘alaihiwassalam ditanya:’Siapakah wanita yang paling baik?’ Beliau menjawab:

(Sebaik-baik wanita) adalah yang menyenangkan (suami)-nya jika ia melihatnya, mentaati (suami)-nya jika ia memerintahnya dan ia tidak menyusahkan (suami)-nya dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya.’” (HR. Ahmad, al Hakim, an Nasa’i dan ath Thobrani dan di Shohihkan oleh al Albani).


Baginda Shalallahu ‘alaihiwassalam juga berwasiat untuk memilih wanita yang memiliki Ad-Deen (Agama) yang baik sebagai ukuran kesolihan seorang wanita, bukan kecantikan, kedudukan atau hartanya.


Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi Shalallahu ‘alaihiwassalam beliau bersabda:

Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kecantikannya dan kerana Deen(agama)-nya; maka pilihlah kerana Agamanya, maka engkau akan beruntung.” (HR. Bukhari dan Muslim).


Khotimah

Bagi lelaki, hal ini merupakan wasiat agar mereka memilih wanita bukan sekedar karena kecantikan, kedudukan atau harta wanita semata. Karena hal itu bukanlah ukuran kebahagiaan yang hakiki di dunia ini. Namun hendaknya ia lebih mengutamakan dari pandangan Agama kerana hal itulah yang akan memberikan hakikat kebahagiaan hidupnya di dunia ini dan di akhirat kelak.

Adapun bagi wanita, ini merupakan dorongan untuk menjadi perhiasan terbaik di dunia ini, wanita yang solehah, wanita yang mendorong suami dan keluarganya untuk bertambah keimanan dan bertaqwa kepada Allah, bukan wanita yang menjadi fitnah terbesar bagi kaum lelaki yang menjadikan mereka semakin jauh dari Allah dan mengheret mereka ke jurang nereka Jahanam..na'uzubillahi min zalik..

Sedangkan bagi para ibu dan bapa, ini tentunya sebuah peringatan tentang amanah menunaikan kewajiban mendidik anak-anak mereka untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah bagi menggapai kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.



erm..jadi, susah ke nak jadi sebaik-baik perhiasan dunia nie?

tidak...asalkan kita tahu dan kita patuh pada apa yang Islam dah ajar pada kita...


Tapi..Banyak betul wanita perlu menjaga.Kerana apa?

Kerana Dirimu Itu Cukup Berharga… (^,^)

.....Dikaulah Sebuah permata yang berkilau indah bila dipelihara....

~Nisa' Connecting Youth~


::Salam Ukhuwah dan Mahabbah::

9:40 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Assalamu'alaikum wbrt...


Hai kawan-kawan semua!!!

Kami dari krew Nisa' Kuala Langat ingin mengucapkan selamat datang ke blog terbaru kami.

untuk pengetahuan kawan-kawan semua, blog ini masih dalam proses penambahbaikkan...jadi sekiranya kawan-kawan sekalian ada cadangan @ idea untuk menambahbaikkan lagi blog ini, amatlah dialu-alukan...

(^,^) salam perkenalan buat semua!!!!

~Nisa' Connecting Youth~