♥ Selamat Datang Ke Laman Interaktif Nisa' Kuala Langat. Pemangkin Mujahidah Solehah ♥

Kita Laksana Impian Bersama
Lakaran Minda Generasi Remaja

Jambori Nisa Selangor

9:57 PM Posted In Edit This 0 Comments »


Terima kasih kepada adik-adik yang telah memberi nama untuk meluangkan masa ke Jambori Nisa Selangor pada 25-27 dis nanti sebagai wakil Nisa kawasan Kuala Langat. Jumpa nanti di Pusat Latihan Belia, Bukit Lagong, Selayang. Ramai kakak2 Nisa negeri Selangor menanti adik-adik sekalian!!..

Jom Sertai Kem Kembara Islam (IXC 2009)

6:12 PM Posted In Edit This 0 Comments »


Tarikh : 4-6 dis 2009
Tempat : Kem Paya Wetlands,Dengkil,Selangor
Sasaran : Remaja lelaki&perempuan 13-17 tahun
Anjuran : Islamic Xplorer Camp (IXC) Consultant dan Nisa' Kuala Langat

Yuran penyertaan : RM 100 (Rm 60 utk penginapan 3 hari 2 malam)

Aktiviti : a) Munajat Remaja
b) Xplorer speed game
c) Kayak game
d) Night Walk
e) Kembara mujahid
f) Xplorer hibur
dan banyak lagi yg menarik

Pendaftaran Penyertaan (sebelum 1 disember 2009)

Hubungi :
Pn.Faezah :0132037126
Cik Aimi : 0139218658


Daurah Remaja Islam Masjid Negeri (DARISMA)

9:27 PM Posted In Edit This 0 Comments »
JAIS telah merancang program yg diberi nama DARISMA = DAURAH REMAJA ISLAM MASJID NEGERI. Program ni bertujuan utk mendekatkan remaja dgn masjid. JAIS menyerahkan masjid di kawasan masing-masing untuk menguruskan penyertaan,fasilitator juga penempatan.Atas usaha ini,kawasan Kuala Langat mengambil peluang untuk mengambil bahagian program DARISMA ini.Masjid2 yang terpilih akan dimaklumkan kemudian.


BUTIRAN PROGRAM

Target peserta: remaja lelaki perempuan 10-16 thn
Konsep: seperti pengajian di sekolah, mula dari pagi hingga solat zuhur.
Tarikh: awal cuti sekolah, 4 minggu berturut-turut (23 Nov - 18 Dec)
Hari pengajian: Isnin-Jumaat

Bentuk pengajian: dalam DAURAH / HALAQAH (1 Fasilitator utk 15 org)
Yuran: dicadangkan antara RM10-RM50, mengikut relevensi tempat itu.
Modul merangkumi teori / amali: (1) THOHARAH, (2) WUDU', (3) FEQAH, (4) AQIDAH, (5) ALQURAN

Minima peserta: 20 org
Facilitator: mesti dlm range umur 20-30 thn.
Elaun fasilitator: dicadangkan at least RM200 seminggu (di bwh pantauan PAID, tapi bakewanis nak cadang agar dipantau oleh consultant)


Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator sila hubungi crew nisa':
Faezah Jais : 0132037126
K.long Diana : 0132287571

Salam Aidilfitri 1430 H dari Nisa' K.Langat

3:47 PM Edit This 0 Comments »


Program Soleh Teen 2009

4:35 PM Edit This 0 Comments »

Program Warisan

4:04 PM Posted In Edit This 0 Comments »



Program Warisan telah dijalankan pada 26 julai 09 yang lepas di Dataran Banting..Sasaran kepada anak-anak 'pewaris' berusia 10-18 tahun..seramai 56 peserta yang hadir dengan pelbagai aktiviti menarik yang disajikan seperti sukaneka, kuiz, treasure hunt juga slot motivasi..

Terima kasih adik-adik yang hadir..

Warisan (Lagu tema program Warisan)

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

AkuBukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Teen Circle : Futsal & BBQ

10:28 AM Posted In Edit This 0 Comments »

Program Teen Circle siri ke 2 : Futsal dan BBQ telah berjaya dijalankan pada 12 Julai yang lepas, bertempat di perkarangan Balai Raya Batu 10 Kebun Bharu. Seramai 50 adik-adik yang hadir, separuh daripada Teen Circle siri pertama :Smart Riadah di Limbungan. Program ini adalah bertujuan untuk mendekatkan lagi adik2 remaja dengan nisa' & aktiviti2 sihat serta mencari seramai 10 peserta yang berbakat dalam futsal untuk ke perlawanan futsal nisa' peringkat negeri Selangor.Terima kasih kepada adik2 yang hadir. Kita jumpa lagi pada program berikutnya..

p/s: Kakak2 nisa, jgn lupa keep in touch dgn adk2 teen circle masing2

Team Nisa' D'Bowling

11:36 AM Posted In Edit This 0 Comments »




Pada 5 Julai yang lepas, Team Nisa' bermain bowling di The Store, Banting. Fasa percubaan. Selepas ini boleh adakan Tournament Bowling Teen Circle..Ahli2 Teen Circle bersama Naqibah masing2 bertanding. Pasti seronokkan!! (^ ^)

JOM SERTAI PROGRAM MAWAR 2009

3:20 PM Posted In Edit This 0 Comments »

PROGRAM MAWAR 2009
(MARI WARNAI ALAM REMAJA)
TARIKH : 9 OGOS 2009 (AHAD)
MASA : 8 AM-5PM
TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI
TELOK PANGLIMA GARANG

SASARAN : REMAJA PEREMPUAN BERUSIA 13-17 TAHUN
(TERBUKA UTK SEMUA KAUM)

PENGISIAN PROGRAM

ICE-BREAKING : CERGAS CERDAS
GAMES : CINTAI DIRI
FORUM :REMAJA & SEKSUAL
CADANGAN AHLI PANEL
1) DR. HARLINA SIRAJ (HUKM)
2) DR. SABARIAH DARI PUSAT KESIHATAN

TALK : BICARA CINTA REMAJA
OLEH : EN.NORAZMAN
MOTIVATOR BERPENGALAMAN
LDK DAN GAMES

PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH
YURAN ADALAH PERCUMA
MAKANAN&MINUMAN DISEDIAKAN
UNTUK PENYERTAAN:

HUBUNGI
1) PN.LAYYINAH AZZAHRA' (0132853343)
2) PN.IDANERANA (0123854080)

CEPAT,DAFTAR SEGERA!

TERHAD KEPADA 100 PESERTA SAHAJA!!

Fiqh Wanita

10:19 PM Edit This 0 Comments »
Topik 1: Mandi Hadas.

Assalamu'alaikum semua...Apa khabar? kak nisa' harap semua sihat-sihat selalu hendaknya.

Pada posting Fiqh Wanita kali ini, kak nisa' ingin berkongsikan 1 topik berkenaan dengan mandi hadas...

Kak Nisa' tahu mesti ramai diantara kawan2 semua ini telah faham dan mempunyai ilmu yang lebih baik dari kak nisa' berkenaan rukun dan cara-cara mandi hadas. Akan tetapi, masih ada lagi kawan2 kita di luar sana yang tidak tahu bagaimana cara untuk bermandi hadas...jadi, kak nisa' harap dengan penjelasan yang ringkas ini dapat membantu kawan2 yang kurang jelas akan maksud sebenar dan cara2 mandi hadas yang diajar oleh Islam..insyaAllah.. (^,^)


Rukun Mandi Hadas

Niat - mula2 niat ketika terkena air pada setiap anggota tubuh.

Hilangkan segala najis dan kekotoran pada tubuh terlebih dahulu sebelum mandi.

Mengenakan dan meratakan air pada kulit, rambut dan bulu serta seluruh bahagian badan atau kemaluan yang zahir ketika qada hajat. Tidak ada perbezaan di antara rambut dan bulu yang jarang dengan yang lebat, semuanya mesti disampaikan dan diratakan air pada luar dan dalamnya. Rambut yang bersanggul wajib dilepaskan supaya terkena air. Rambut yang bersimpul dengan sendiri, jika tidak sampai air ke dalamnya adalah dimaafkan. Bulu-bulu di dalam hidung tidak wajib dibasuh kerana termasuk anggota dalam (batin) tetapi jika terkena najis wajib dibasuh kerana masalah najis lebih berat daripada junub. Wajib meratakan air pada celah kuku, sekiranya ada daki dan kotoran lain hendaklah dibuang kemudian dicuci.

NIAT

Secara umumnya mandi hadas besar, niatnya adalah seperti berikut: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."

Niat-niat lain:

Mandi junub: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala. "

Mandi kerana haid: "Sahaja aku mandi wajib bersuci dari haid kerana Allah Taala. "

Mandi kerana nifas: "Sahaja aku mandi wajib bersuci dari nifas kerana Allah Taala."

Sebab-sebab Yang Mewajibkan Mandi

Jimak atau bersetubuh - wajib mandi walaupun tidak keluar mani.

Keluar mani samada banyak atau sedikit, terjaga atau tertidur, bernafsu atau tidak.

Mati - orang yang hidup wajib memandikan mayat itu kecuali orang yang mati syahid.

Keluar darah haid bagi perempuan yang sudah cukup umurnya (baligh).

Keluar darah nifas iaitu darah yang keluar mengiringi selepas bersalin.

Ketika bersalin (wiladah) walaupun tidak keluar darah bersama anaknya (tidak ada nifas) diwajibkan mandi juga.

Sunat-sunat Mandi Hadas

Menghadap kiblat

Membaca Bismillah

Cuci dua tangan dan berwuduk (dengan niat berwuduk sunat untuk mandi),

Menggosok dengan telapak tangan mana-mana tempat di seluruh anggota badan,

Mula cuci anggota sebelah kanan.

Mencuci tiga kali.

PERINGATAN
Hendaklah berturut-turut (muallat) mencuci suatu anggota dengan anggota yang lain. Jangan sampai terjadi renggang waktu yang lama di antara anggota itu. Muallat di sini ialah jangan sampai kering anggota yang dibasuh itu sebelum mencuci anggota yang lain.

Selamat ber'amal!!!

Cara 'Block' Laman Lucah Dari Dilayari

7:59 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Pengendali mendapat keuntungan beratus-ratus ribu ringgit sebulan menerusi caj serendah 15 sen sehari.SEORANG pembaca Berita Minggu terkejut menerima jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa daripada 25 laman web lucah yang sangat popular terutama di kalangan remaja hanya dua yang boleh disekat.
baca seterusnya :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20081012090908/Article/index_html
CARA BLOCK
Download url http://www.krieyz.com/iprotectyou.html or direct url
Sebarluaskan pengunjung sekalian.. Ramai anak2 remaja kita sedang rosak.. termasuk orang tua2.. Internet sekarang digunakan sebagai senjata utama ISRAEL utk merosakkan manusia.
baca seterusnya
:
http://dajjal.wordpress.com/2008/09/25/200-blogger-yahudi-berhimpun
Ya Allah..Selamatkanlah Umat Ini..

Orang Cemerlang Sentiasa Berbaik Sangka

7:30 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Berfikiran positif sepanjang masa memang akan menjadi amat mencabar diperingkat permulaan. Anda akan bergelut dengan emosi sendiri dan perasaan tak tentu arah, sama ada nak jaga hati orang atau nak jaga hati sendiri. Anda akan keliru.
Sampai ke satu tahap, Anda akan mempersoalkan setiap satu tindakan Anda, kerana ia akan kelihatan seperti membiarkan orang lain buat sesuka hati pada Anda dan Anda pula tertahan-tahan nak membalas perbuatan mereka itu, hanya kerana Anda jadi keliru lalu bingung
Pada hari ini, mengikut tanggapan ramai orang, susah nak cari orang yang hatinya cukup baik. Pada saya, sebab itu jugalah, sebab tak ramai orang baiklah yang menjadi penyebab mengapa ribuan orang jatuh kepada kategori pemikiran negatif yang menyebabkan mereka bergelumang dengan seribuh satu situasi negatif.
Kesannya, situasi negatif itu pula mengheret mereka kepada pelbagai permasalahan, misalnya masalah kekeluargaan, masalah dalam pelajaran, masalah emosi, masalah perhubungan cinta hinggalah kepada masalah kewangan - sumber rezeki bagaikan terhalang dan bagaikan kekal terhalang.
Jadilah diri Anda sendiri. Usah terlalu mengikut orang. Kita boleh mengikut orang, tapi kena sesuaikan supaya boleh diserap menjadi sesuatu yang ngam dengan diri kita sendiri. Tak semua kita boleh menjadi Bill Gates, tapi kita boleh tiru stail kejayaan Bill Gates, cara kerja bill Gates supaya kita boleh mencapai kejyaan macam Bill Gates. Kia boleh jadikan Bill Gates sebagai contoh ikutan, tapi tak semestinya jalan kejayaan yang akan kita lalui sebijik macam Bill Gates.
Nak mengekalkan sikap berfikiran positif, Anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk. Always look to the bright side of your life!

Sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik. Sikap bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk, berterusan menjadi bertambah buruk jika Anda kekal bersangka buruk. Orang-orang cemerlang sentiasa bersangka baik sepanjang masa, sebab itu mereka cemerlang sepanjang masa. Orang lain merasa agak sukar ‘kejar’ tahap mereka.
sumber :www.imotivasi.com

Kami Tak Berzina, Ustaz!!

10:46 AM Posted In , Edit This 0 Comments »
Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing- masing.
Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang
mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah S. A. W.: Janganlah engkau
bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan ), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S. A. W.: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau
melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan
Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya.Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak
diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang
berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai- ramai sedikit.Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan
dengan fantasi cinta!
Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Ustaz: Baik sungguh awak berdua.Takkan awak berdua tak perasan apa-
apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian
manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang
untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri
sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.Itu adalah fitrah. Manusia tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia Dunia dan segala isinya akanhambar tanpa naluri nafsu.
Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam
Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlakusetelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus.Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda
Rasulullah S. A. W.: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah) Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ustaz: Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru.Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan.Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut
manusia kecundang.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Olehitu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi.
Firman Allah S. W.T.: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A'araf: ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,
takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Pelajar: Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh
dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik.Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah
alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk.Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta.Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam.Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai.Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih.Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan.Allah yang akan menganugerahkannya.Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan
hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin.
Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?
Pelajar: Tanya sikit adik angkat,kakak angkat, abang angkat boleh ke?ganti bercinta.
Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan.Manusia yang terlibat dalam budaya "angkat" ini sebenarnya telah
masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.
Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang
yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.
Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang
yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik;dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3).Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.
Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta?Berapa banyak sudah janji cinta yang
musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga
menjadi pepatah.
Pelajar: Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Ustaz: Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang 'second
hand' sedangkan barang baru masih ada.Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room;display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Pelajar: Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah S. W.T.: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-
orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab: ayat 35)
Pelajar: Bagaimana kami?
Ustaz: Kamu masih ada peluang.Bertaubatlah dengan taubat nasuha.Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi
3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat.Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengansesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul.
Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa
hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.

Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa.Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.
Pelajar: Kita berpisah kerana Allah.Kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
Semoga dengan kisah ini, dapatlah memberi manfaat kepada kita semua. Tersedar jugak kisah ni bila saya baca.. Alhamdulillah, masih sempat untuk kita bartaubat "nasuha"..
Belajarlah Cintai Allah, Belajarlah Cintai Ilmu terlebih dahulu adik-adik sekalian.
Perlukan khidmat pendidikan, hubungi Unit Kerjaya. Perlukan khidmat kaunseling,hubungi Unit Kebajikan&Kaunseling.Perlukan khidmat pembaikan diri,hubungi Unit Pembangunan Insan

Hidayah Allah Tak Pernah Sunyi

10:20 AM Posted In Edit This 0 Comments »

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di anatara satu sama lain tidak sama.
Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:
1) Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang sepeti ini amat
sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).
2) Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
3) Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideology serta bergaul dengan golongan-golongan itu, maka akhirnya mereka bertemu dengan
kebenaran.
4) Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
5)Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.
6) Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar,kaya aya, kenderaan mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku,berkasih sayang dan ukhwah tidak ada,masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebhagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.
7) Orang yang sentiasa mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa yang hendak semua
dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.
8) Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah. Dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.
Surah Annur:35
Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada Pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu
Golongan yang mendapat hidayah Allah :
Allah mengutamakan hidayahnya dengan cahaya. Orang yang mendapat hidayah Allah diterangi hatinya dengan nur Allah. Dalam ayat 36 dan 37 surah An-Nur, Allah menyatakan sifat-sifat golongan yang mendapat hidayah Allah adalah seperti berikut:
1) Bertasbih dan bertahmid kepada Allah

2) Berjual beli tanpa lalai daripada mengingati Allah.
3) Mendirikan solat fardhu.

4) Mengeluarkan zakat.
5) Takut kepada pembalasan hari qiamat

Hidayah Allah s.w.t buat adik2 sentiasa ada. Jangan takut untuk berubah bila hidayah itu sampai. Ketahuilah adik2ku kasih sayang Allah tak pernah berkurang buat adik2 semua. Jika kejahatan ingin kita buat, Allah pasti menghalangnya.Jika kebaikan ingin kita buat, Allah pasti memudahkannya.
Jika perlukan bantuan nasihat,sokongan dan kekuatan, Hubungi Unit Kebajikan&Kaunseling dan Unit Pembangunan Insan Nisa Kuala Langat terpapar di blog ini.


JOM ADIK2...KITA BANGKIT BERSAMA!!

Nisa' Kuala Langat Maju setapak lagi!!!

3:02 PM Edit This 0 Comments »
Pelancaran team SenamSihatNisa' (SSN) Kuala Langat!!!

Nisa' Kuala Langat telah melancarkan team SSN Nisa' iaitu team dalam nisa' kuala langat yang berfungsi sebagai co-ordinator untuk aktiviti2 senam yang menyihatkan seperti senamrobik, senam poco-poco dan senam ar-ruhul jadid.

sehubungan dengan itu, bagi sahabat2 nisa' dan individu2 yang berminat untuk mengadakan aktiviti berasaskan senaman, boleh lah menghubungi team SSN Nisa' Kuala Langat ini..

no yang boleh dihubungi:
013-6249072
013-2965381

"Muslimah yang sihat dan cergas bermula dari diri anda"

Teen Circle & Smart Riadah 2009...Bestnyer!!!

4:35 PM Edit This 0 Comments »

Alhamdulillah, selesai sudah Program Teen Circle & Smart Riadah Nisa' Kuala Langat dengan kerjasama Bakewanis... Seronok sangat dapat berkenalan dan berprogram dengan adik-adik semua. Kami dari Nisa' Kuala Langat memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan sepanjang program tersebut. Di sini ada beberapa gambar yang telah diambil semasa program untuk dikongsi bersama adik-adik..(^,^) diharapkan selepas ini, adik-adik dapat terus bersama-sama kumpulan teen circle masing ya! salam sayang dari Nisa' Kuala Langat!!!