♥ Selamat Datang Ke Laman Interaktif Nisa' Kuala Langat. Pemangkin Mujahidah Solehah ♥

Kita Laksana Impian Bersama
Lakaran Minda Generasi Remaja

Nisa' di Karnival MDKL

9:31 AM Edit This 0 Comments »

Alhamdulillah, selesai sudah program Karnival MDKL bersempena meraikan 1 tahun pemerintahan kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor. Nisa' Kula Langat turut sama memeriahkan suasana.

sepanjang 2 hari berlangsungnya karnival tersebut, Nisa' Kuala Langat telah membuka booth pameran berkenaan dengan Nisa' Kuala Langat serta mengedarkan risalah dan pamplete berkenaan kempen jauhi zina dan maksiat. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan daripada pengunjung-pengunjung ke booth Nisa' amat2 menggalakkan.

Terima Kasih daripada kami Nisa' Kuala Langat.
disini sempat juga crew kami mengambil beberapa gambar semasa parnival tersebut berlangsung. Diharapkan agar sahabat2 Nisa' di luar sana dapat bersama-sama kami untuk program2 yang akan datang. (^,^)

crew nisa' kuala langat yang bertugas di booth pameran..rajin kakak-kakak nisa' nie..(^,^)




antara pengunjung yang datang ke booth Nisa' Kuala Langat..terima kasih kak!!



erm..tekun sungguh adik2 berdua nie membaca poster2 jauhi zina dan couple

Annisa' : Kau Terlalu Berharga

2:39 PM Posted In Edit This 0 Comments »

Allah berfirman yang bermaksud:
Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan)dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui prang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.(surah An-Nur ayat 31)

Allah berfirman yang bermaksud:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.(surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala-galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama.

Dalam ayat yang sama juga Allah menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah telah mentaklifkan untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah berfirman
"Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman". Allah dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.

Maka wahai saudari-saudari seagamaku, sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu.BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.
~Nisa' Connecting Youth~

Kemajuan Yang Sedang Mengalami Kehancuran

2:28 PM Posted In , Edit This 0 Comments »
Terdapat suatu kesedaran baru di kalangan umat Islam sekarang untuk kembali semula mendaulatkan negara Islam yang di dalamnya terlaksana syariat Allah s.w.t. Perkara ini menjadi sebahagian daripada Islam yang bersifat sempurna dan dibawa pula oleh Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja beliau menyampaikan Islam melalui sabda dan ucapan tetapi menyatakannya dengan keimanan yang sebenar dan melaksanakannya dengan sempurna. Ia bermula dari ikrar dua kalimah syahadah sehinggalah menunaikan ibadah kepada Allah s.w.t dan mentadbir bumi dengan syariat-Nya dalam negara yang didirikan di 'Al-Madinatul Munawwarah'.

Ajaran yang telah membuktikan kejayaan yang menggemparkan seluruh kuasa kuffar yang mempertahankan kezaliman, maksiat dan mungkar.Negara Islam adalah negara yang paling adil dan memberi kebahagiaan yang sebenarnya kepada manusia dalam masa yang lebih panjang bukan sahaja di dunia tetapi juga untuk kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi. Musuh-musuh Islam telah berjaya melenyapkan kesedaran menegakkan Islam dalam fikiran umatnya di zaman mutakhir ini selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah di Turki, sebahagian besar daripada umat Islam tidak menyedari bahawa mereka memerlukan negara yang mendaulatkan syariat Allah s.w.t.

Terdapat di kalangan umat Islam bahkan ramai di kalangan mereka yang merasakan bahawa umat Islam tidak akan maju sekiranya mereka tidak mempelajari kemajuan kebendaan yang datang dari barat. Mereka tidak menyedari bahawa kemajuan kebendaan yang ada pada dunia barat adalah sebahagian daripada kemajuan yang telah ditempa oleh Islam sejak zaman-berzaman tetapi barat mengambil kebendaannya sahaja dan meninggalkan ajaran Islam yang membentuk roh dan peribadi mereka. Kita telah melihat bagaimana kemajuan kebendaan yang ditaja oleh barat itu sedang mengalami kehancuran dan yang menjadi halangan kepada kemajuan umat Islam bukan masalah kebendaan.
Kita melihat bagaimana terdapat di kalangan negara umat Islam yang mempunyai tenaga manusia dan dikurniakan sumber-sumber kebendaan boleh maju dari segi kebendaan dengan kurniaan Allah itu dan di sana terdapat banyak halangan dari kuasa Kuffar iaitulah halangan umat Islam menubuhkan negara Islam. Kita perlu menyedari bahawa musuh-musuh Islam sedar punca kekuatan umat Islam ialah wujudnya negara Islam. Sebab itu wujudlah usaha bagi menghalang tertegaknya negara Islam ini dengan berbagai-bagai cara sama ada dengan menggunakan kekerasan bala tentera bagi menekan golongan yang mahu menegakkan negara Islam ataupun menggunakannya secara halus dan lembut iaitulah dengan melaksanakan sebahagian daripada ajaran Islam untuk meredakan tuntutan mendaulatkan syariat Allah s.w.t itu.
Umat Islam hendaklah menyedari bahawa negara Islam bukan negara yang berpandu kepada amalan semata-mata. Negara Islam ialah negara yang didasarkan kepada aqidah. Oleh kerana ia didasarkan kepada aqidah maka Nabi Ibrahim a.s. tidak menerima segala tawaran yang dikemukakan oleh Raja Namraz di zamannya kerana raja itu menolak aqidah Islam. Begitu juga dengan tindakan yang diambil oleh Nabi Yusuf a.s. apabila ditawarkan menjadi ketua perbendaharaan Negeri Mesir, Nabi Yusuf dengan tegasnya menyatakan sebagaimana tersebut di dalam firman Allah yang bermaksud:
" Dengan sebab itu aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat. Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishaq serta Ya'qub..." (Surah Yusuf ayat 37-38).
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Mereka itu ialah golongan yang kulitnya sama dengan kita dan bercakap dengan lidah yang sama dengan kita."

Marilah kita menjadikan aqidah sebagai landasan kita dan sebagai perbezaan di antara negara Islam yang sebenar dengan negara munafiq yang dibina di atas dasar Masjid 'Dhirar' sebagaimana golongan munafiqin mendirikan masjid itu di zaman Rasulullah s.a.w. yang telah dibakar oleh Rasulullah. Marilah kita menyedari hakikat ini dengan penuh teliti kerana mati hanya satu kali sahaja dan manusia akan berdepan di hari kiamat dalam keadaan tidak dapat merujuk kembali ke alam dunia ini. Marilah kita menilai segala yang ada di hadapan kita bukan dengan akal fikiran manusia semata-mata tetapi dengan petunjuk daripada Al-Quranul Karim yang dapat membetulkan akal fikiran manusia.(lihat Surah Yusuf: 37-38)
Nabi Ibrahim a.s. menolak kekufuran dan menyatakan keimanan terlebih dahulu dan itulah yang dinyatakan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w apabila ditawarkan negara, jawatan, kedudukan dan harta benda percuma. Rasulullah s.a.w menolak dengan tegas kerana apa yang ditawarkan itu tidak dibina di atas aqidah. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa tanggungjawab mereka ialah mendirikan negara yang berdasarkan kepada aqidah dan dibina di atasnya segala amalannya bukan negara yang dibina melalui amalan semata-mata tetapi tidak berteraskan kepada aqidah.
Inilah perbezaan yang tidak boleh mengelirukan umat Islam dan tidak boleh menyesatkan mereka dengan sebab seruan penyeru-penyeru ke arah neraka Jahannam.
Firman Allah yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya Allah mesti menolong orang yang menolong agama-Nya sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kuasa memerintah di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dan bagi Allah sahajalah akibat segala urusan.” (Surah Al-Haj: 40-41)
~Nisa' Connecting Youth~

Nisa' Di KarnivaL COMBi!!!

11:00 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Baru-baru ini bertempat di Kg. Batu 10 Kebun Baru telah diadakan satu karnival kesihatan atau COMBI yang dianjurkan oleh JKKK kg batu 10 Kebun Baru dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sijangkang.

Nisa Kuala Langat juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama turut serta dalam menjayakan karnival tersebut.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah sudi untuk menjemput Nisa' Kuala Langat untuk sama-sama menyertai karnival COMBI. kami diperingkat Nisa' Kuala Langat telah membuka kaunter pendaftaran keahlian Nisa' Kuala Langat. selain daripada itu, Pihak Nisa' juga mengedarkan pamplet perkenalan Nisa' Kuala Langat serta pamplete kesihatan.

Di karnival COMBI tersebut juga terdapat beberapa agensi lain yang turut serta memeriahkan program COMBI antaranya Pusat Kesihatan Daerah Kuala Langat, Agensi Anti Dadah dan sebagainya...

~Nisa' Connecting Youth~

PROGRAM SMART SOLAT 2009

11:10 AM Posted In Edit This 0 Comments »

PROGRAM SMART SOLAT 2009
Bersempena dengan cuti sekolah.

Tarikh: 22 mac 2009 (ahad).

Tempat: Masjid Kg Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.
Masa: 8.30 pagi-5 petang.

Peserta: pelajar sekolah berumur 10-12 tahun.

Anjuran : Unit Amal Kuala Langat dengan kerjasama Nisa' Kuala Langat dan Komuniti Masjid Kg. Sijangkang.

Yuran penyertaan: RM5 sahaja.


Antara aktiviti menarik:
1) slot ice-breaking.

2) saya suka berwuduk.

3) ceramah teori berwuduk yang baik dan betul.

4) praktikal solat.

5) slot kuliah solat.


JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!

isi masa lapang anak2 anda dengan menyertai kem smart solat ini.

HUBUNGI AJK PENDAFTARAN SEGERA:
019-3433264 - hafizah

019-2178819 - zunaida
~Nisa' Connecting Youth~

KisaH Di SeBuaH PeRanG

3:33 PM Posted In Edit This 0 Comments »


Secebis kisah ketika di Perang Ahzab

Rujukan: Surah Al-Ahzab, ayat 21

21. “Sesungguhnya pada Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.”



Walaupun di dalam suasana yang amat mencemaskan, susah dan letih lesu ini,
namun Rasulullah s.a.w. tetap merupakan sumber keamanan, keyakinan, harapan
dan ketenangan kepada kaum Muslimin. Kajian terhadap sikap Rasulullah
s.a.w. di dalam menghadapi peristiwa peperangan al-Ahzab yang besar ini boleh
memberikan pedoman dan panduan kepada para pemimpin jama’ah dan pergerakan
(da’wah Islamiyah). Ia memberi contoh tauladan yang baik kepada mereka yang
mengharapkan keredhaan Allah dan balasan yang baik pada hari Akhirat, juga
kepada mereka yang menunjukkan contoh yang baik dan mengingati Allah tanpa
melupakan-Nya.

Terlebih dahulu, Eloklah kita mengetahui serba sedikit tentang sikap Rasulullah s.a.w. ini
sebagai contoh, kerana kita tidak dapat menghuraikannya dengan terperinci di
sini.

Rasulullah s.a.w. keluar menggali parit pertahanan bersama-sama kaum
Muslimin. Baginda memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodok
dan mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang. Baginda SAW turut menyanyikan
sajak bersama mereka dengan suara yang tinggi semasa bekerja. Mereka
menyanyikan sajak-sajak yang bersahaja yang digubah dari kejadian-kejadian
yang berlaku. Misalnya ketika itu ada seorang Islam bernama Ju’ayl. Rasulullah
s.a.w. tidak sukakan nama ini, lalu mengubahkannya kepada nama ‘Amr. Lalu
orang-orang Muslimin yang berkerja menggali parit itu mendendangkan beramai-ramai
sebuah sajak mengenainya yang bersahaja...

Baginda menukar namanya Dari Juayl kepada Amr

Setiap hari ada sahaja Baginda menolong si malang derita
Apabila mereka mendendangkan kata-kata “Amr Rasulullah s.a.w. turut
meningkah ‘Amran’. Begitu juga apabila mereka mendendangkan kata-kata “Zah”
beliau turut meningkah “Zahran”.

Di sini dapatlah kita gambarkan betapa mesranya suasana ketika itu, di
mana kaum Muslimin bekerja keras (menggali parit) dan Rasulullah s.a.w turut
serta memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodok-penyodok,
mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang dan menyanyikan sajak ini
bersama-sama mereka. Di sini juga dapat kita gambarkan bagaimana hebatnya
suasana mesra ini melepaskan tenaga dan semangat di dalam jiwa mereka,
mencurahkan perasaan sukarela, keghairahan, keyakinan dan kebanggaan di
dalam hati mereka.

Ketika itu Zaid ibn Thabit berada dalam kumpulan yang bertugas
mengangkut tanah. Rasulullah s.a.w. telah memujinya, “Dia seorang belia yang
amat bagus”. (Pada suatu hari) dia mengantuk dan terus tertidur di dalam parit.
Udara ketika itu sangat dingin, lalu ‘Umarah mengambil senjatanya tanpa
disedarinya. apabila dia tenjaga dia terkejut, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Wahai Abu Ruqad (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau hilang entah
ke mana.”

Kemudian baginda SAW bertanya: “Siapa tahu di mana senjata anak muda ini?
Jawab ‘Umarah, “Wahai Rasulullah s.a.w.! Senjatanya ada pada saya. Ujar baginda:
“Pulangkan senjata itu kepadanya.” Kemudian baginda melarang mereka supaya
jangan menakut-nakutkan orang-orang Islam dan bergurau dengan mengambil
barang-barang kepunyaan mereka.

Peristiwa ini menggambarkan betapa mata dan hati Rasululiah s.a.w.
sentiasa waspada dan ingat kepada setiap orang yang ada di dalam barisan
perjuangan sama ada muda atau tua, juga menggambarkan semangat gurau senda
yang manis dan mesra (sebagaimana tersemat dalam kata-kata baginda kepada Zaid
ibn Thabit): “Wahai Abu Ruqad! (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau
hilang entah ke mana”. Pada akhirnya peristiwa ini juga menggambarkan keadaan
suasana mesra, di mana kaum Muslimin hidup di bawah naungan Nabi mereka
dalam masa yang amat genting itu.

Di samping cerita-cerita Rasulullah s.a.w. yang gemilang itu dapatlah pula
kita tokokkan dengan cerita Huzayfah yang pulang dari tugas meninjau keadaan
bala tentera gabungan. Dia sedang dalam keadaan yang amat sangat sejuk,
sedangkan Rasulullah s.a.w. ketika tu sedang mendirikan solat dengan
berselimutkan kain lepas panjang salah seorang isterinya.

Tetapi walaupun baginda SAW
sedang bersembahyang dan berhubung dengan Allah, namun baginda tidak
membiarkan Huzayfah menggelentar kesejukan hingga baginda selesai sembahyang,
malah baginda menarik Huzayfah di antara dua kakinya dan campakkan hujung
kain lepas itu kepada Huzayfah supaya dia berselimut dengannya sementara
baginda meneruskan sembahyangnya hingga selesai, lalu Huzayfah pun
menyampaikan berita (pergerakan angkatan musuh) itu kepada baginda. Dia
menyampaikan berita gembira itu kepada baginda yang telah pun mengetahui berita
itu dengan hatinya. Kemudian baginda mengirim Huzayfah untuk menghebohkan
berita ini kepada kaum Muslimin.

(gambar hiasan)

Cerita-cerita mengenai keberanian Rasulullah s.a.w., ketabahan dan
kecekalan baginda dalam menghadapi keadaan yang ganas itu adalah jelas di
sepanjang kisah peperangan itu. Kita tidak perlu lagi menyalinkan cerita-cerita itu
di sini kerana ia sangat masyhur.

-Tafsir Zilal ayat pilihan karangan As Syahid Syed Qutub-

“Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang ,maka ambillah contoh daripada mereka yang telah meninggal dunia. Kerana orang yang hidup belum terjamin kesudahan hidupnya"

(Kata-kata salaf)


dipetik dan diubahsuai dari :

http://dupahang.wordpress.com/2008/10/04/secebis-kisah-di-sebuah-perang/

~Nisa' Connecting Youth~