::Jom Join Jambori Nisa Selangor 2010!! (17-19 dis 2010)
12:38 PM Posted In Program Nisa' Edit This 0 Comments »TARIKH :
17-19 Disember 2010/11-13 Muharam 1432H
TEMPAT :
Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES)
Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor.
MASA :
Jumaat (petang) - Ahad (tengah hari)
SASARAN PESERTA :
Remaja perempuan Islam (13-18 tahun)
PENGENALAN
Program Jambori NISA’ Selangor ini adalah merupakan program tahunan anjuran Nisa’ Selangor, dan pada tahun ini adalah merupakan penganjuran buat kali yang ke 2 dengan bertemakan ‘I’M PROUD TO BE A MUSLIM’. Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu sumbangan kecil Nisa’ Selangor dalam usaha mendidik masyarakat terutamanya golongan remaja, selaras dengan motto NISA’, ‘Penghubung Generasi Muda’.
OBJEKTIF
- Melahirkan rasa cintakan Islam dan bangga menjadi muslimah.
- Memantapkan jati diri peserta agar mempunyai daya tahan untuk terus tetap berakhlak dengan akhlak Islam dalam suasana pengaruh persekitaran yang pelbagai.
- Membimbing peserta ke arah menjadi individu muslim yang peduli (mahu mengambil tahu) dan mampu berperanan sebagai duta kecil Islam kepada masyarakat di sekelilingnya dalam usaha menyampaikan mesej dakwah Islam.
- Membina dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di antara peserta dengan ahli Nisa Selangor.
- Memperkenalkan Nisa’ Selangor sebagai suatu organisasi yang aktif melaksanakan pelbagai bentuk program dalam usaha menghubungkan generasi muda agar lebih dekat kepada Islam.
BENTUK PENGISIAN PROGRAM
- Ceramah dan diskusi dua hala.
- Slot khas bersama Imam Muda Asyraf
- Aktiviti bermodul dalam kumpulan kecil dengan
- bimbingan intensif fasilitator.
- Praktikal dan pemantapan amalan ibadat sunat (solat fardhu berjemaah, Qiamullail, solat sunat Dhuha, bacaan Al Quran, bacaan Al Mathurat dll).
- Melibatkan peserta sebagai imam solat, pengerusi majlis, ketua kumpulan dan lain-lain.
- Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)
Berminat?..Sila daftarkan nama kepada :
Cik Aimi Nabihah : 0179074450 @ Pn.Diana : 0132287571
Nisa' Kuala Langat
Sebarkan kpd rakan2 yang lain
0 comments:
Post a Comment