Fiqh Wanita
10:19 PM Edit This 0 Comments »Assalamu'alaikum semua...Apa khabar? kak nisa' harap semua sihat-sihat selalu hendaknya.
Pada posting Fiqh Wanita kali ini, kak nisa' ingin berkongsikan 1 topik berkenaan dengan mandi hadas...
Kak Nisa' tahu mesti ramai diantara kawan2 semua ini telah faham dan mempunyai ilmu yang lebih baik dari kak nisa' berkenaan rukun dan cara-cara mandi hadas. Akan tetapi, masih ada lagi kawan2 kita di luar sana yang tidak tahu bagaimana cara untuk bermandi hadas...jadi, kak nisa' harap dengan penjelasan yang ringkas ini dapat membantu kawan2 yang kurang jelas akan maksud sebenar dan cara2 mandi hadas yang diajar oleh Islam..insyaAllah.. (^,^)
Rukun Mandi Hadas
Niat - mula2 niat ketika terkena air pada setiap anggota tubuh.
Hilangkan segala najis dan kekotoran pada tubuh terlebih dahulu sebelum mandi.
Mengenakan dan meratakan air pada kulit, rambut dan bulu serta seluruh bahagian badan atau kemaluan yang zahir ketika qada hajat. Tidak ada perbezaan di antara rambut dan bulu yang jarang dengan yang lebat, semuanya mesti disampaikan dan diratakan air pada luar dan dalamnya. Rambut yang bersanggul wajib dilepaskan supaya terkena air. Rambut yang bersimpul dengan sendiri, jika tidak sampai air ke dalamnya adalah dimaafkan. Bulu-bulu di dalam hidung tidak wajib dibasuh kerana termasuk anggota dalam (batin) tetapi jika terkena najis wajib dibasuh kerana masalah najis lebih berat daripada junub. Wajib meratakan air pada celah kuku, sekiranya ada daki dan kotoran lain hendaklah dibuang kemudian dicuci.
NIAT
Secara umumnya mandi hadas besar, niatnya adalah seperti berikut: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."
Niat-niat lain:
Mandi junub: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala. "
Mandi kerana haid: "Sahaja aku mandi wajib bersuci dari haid kerana Allah Taala. "
Mandi kerana nifas: "Sahaja aku mandi wajib bersuci dari nifas kerana Allah Taala."
Sebab-sebab Yang Mewajibkan Mandi
Jimak atau bersetubuh - wajib mandi walaupun tidak keluar mani.
Keluar mani samada banyak atau sedikit, terjaga atau tertidur, bernafsu atau tidak.
Mati - orang yang hidup wajib memandikan mayat itu kecuali orang yang mati syahid.
Keluar darah haid bagi perempuan yang sudah cukup umurnya (baligh).
Keluar darah nifas iaitu darah yang keluar mengiringi selepas bersalin.
Ketika bersalin (wiladah) walaupun tidak keluar darah bersama anaknya (tidak ada nifas) diwajibkan mandi juga.
Sunat-sunat Mandi Hadas
Menghadap kiblat
Membaca Bismillah
Cuci dua tangan dan berwuduk (dengan niat berwuduk sunat untuk mandi),
Menggosok dengan telapak tangan mana-mana tempat di seluruh anggota badan,
Mula cuci anggota sebelah kanan.
Mencuci tiga kali.
PERINGATAN
Hendaklah berturut-turut (muallat) mencuci suatu anggota dengan anggota yang lain. Jangan sampai terjadi renggang waktu yang lama di antara anggota itu. Muallat di sini ialah jangan sampai kering anggota yang dibasuh itu sebelum mencuci anggota yang lain.
0 comments:
Post a Comment