♥ Selamat Datang Ke Laman Interaktif Nisa' Kuala Langat. Pemangkin Mujahidah Solehah ♥

Kita Laksana Impian Bersama
Lakaran Minda Generasi Remaja

Lembaran Baru Edisi 2012

11:07 AM Edit This 0 Comments »
:: Salam ukhuwwah dan ingatan tulus ikhlas daripada komuniti Nisa' Kuala Langat::


Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH atas izin dan kemudahan dariNYA, Nisa' Kuala Langat masih istiqamah untuk meneruskan agenda dakwah selari dengan konsep islam yang bersifat syumul dalam mendepani pelbagai konflik masyarakat hari ini khususnya dikalangan belia dan remaja. Kami berusaha membina aura positif dalam menggerakkan program-program yang mampu menarik minat pelbagai kelompok masyarakat secara tuntas. Sokongan dan maklum balas kalian amat dihargai. Sebarang cadangan sila email ke alamat nisakualalangat@gmail.com


~Nantikan pengisian menarik sepanjang musim 2012!!!

::Jom Join Jambori Nisa Selangor 2010!! (17-19 dis 2010)

12:38 PM Posted In Edit This 0 Comments »
PENAMPILAN ISTIMEWA >> SLOT KHAS BERSAMA IMAM MUDA ASYRAF

TARIKH :

17-19 Disember 2010/11-13 Muharam 1432H

TEMPAT :

Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES)

Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor.

MASA :

Jumaat (petang) - Ahad (tengah hari)

SASARAN PESERTA :

Remaja perempuan Islam (13-18 tahun)




PENGENALAN

Program Jambori NISA’ Selangor ini adalah merupakan program tahunan anjuran Nisa’ Selangor, dan pada tahun ini adalah merupakan penganjuran buat kali yang ke 2 dengan bertemakan ‘I’M PROUD TO BE A MUSLIM’. Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu sumbangan kecil Nisa’ Selangor dalam usaha mendidik masyarakat terutamanya golongan remaja, selaras dengan motto NISA’, ‘Penghubung Generasi Muda’.

OBJEKTIF

  • Melahirkan rasa cintakan Islam dan bangga menjadi muslimah.
  • Memantapkan jati diri peserta agar mempunyai daya tahan untuk terus tetap berakhlak dengan akhlak Islam dalam suasana pengaruh persekitaran yang pelbagai.
  • Membimbing peserta ke arah menjadi individu muslim yang peduli (mahu mengambil tahu) dan mampu berperanan sebagai duta kecil Islam kepada masyarakat di sekelilingnya dalam usaha menyampaikan mesej dakwah Islam.
  • Membina dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di antara peserta dengan ahli Nisa Selangor.
  • Memperkenalkan Nisa’ Selangor sebagai suatu organisasi yang aktif melaksanakan pelbagai bentuk program dalam usaha menghubungkan generasi muda agar lebih dekat kepada Islam.

BENTUK PENGISIAN PROGRAM

  • Ceramah dan diskusi dua hala.
  • Slot khas bersama Imam Muda Asyraf
  • Aktiviti bermodul dalam kumpulan kecil dengan
  • bimbingan intensif fasilitator.
  • Praktikal dan pemantapan amalan ibadat sunat (solat fardhu berjemaah, Qiamullail, solat sunat Dhuha, bacaan Al Quran, bacaan Al Mathurat dll).
  • Melibatkan peserta sebagai imam solat, pengerusi majlis, ketua kumpulan dan lain-lain.
  • Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

Berminat?..Sila daftarkan nama kepada :

Cik Aimi Nabihah : 0179074450 @ Pn.Diana : 0132287571

Nisa' Kuala Langat

Sebarkan kpd rakan2 yang lain

hari Raya NIsa' K.Langat

5:39 PM Edit This 0 Comments »




KONSERT OTAI ROCK BATTLE OF DAKWAH..

5:37 PM Edit This 0 Comments »

Ziarah Kasih Ramadhan

12:39 PM Edit This 0 Comments »





Alhamdulillah...Nisa' bersama yg prihatin telah mengadakan Ziarah Kasih Ramadhan I pada 15 OgOs 2010..InsyaAllah yg seterusnya akan terlaksana...terima kasih kepada semua yang terlibat...semoga Allah Melebarkan sayap RahmatNYa kpd kita semua..amin..